Kenapa Makan Malam Penting Untuk Warga Emas
May 29, 2023Kayap Sebenarnya Bahaya Atau Tidak?
June 27, 2023Dalam perubatan moden sebenarnya tiada istilah ‘masuk angin’. Namun istilah ini sering digunakan dalalm masyarakat Melayu untuk menggambarkan keadaan badan yang tidak selesa disebabkan sering sendawa atau kentut.
Malah dalam keadaan yang serius masuk angin ini akan menyebabkan penderitanya merasa sakit otot, badan sengal-sengal, sakit kepala, perut kembung dan batuk.
Sekiranya masuk angin ini sememangnya benar ia tidaklah menjadi masalah kesihatan yang serius cukup dengan pengambilan ubat, berurut dan menukar corak pemakanan.
Tetapi apa yang membimbangkan ada gangguan kesihatan yang lebih serius sering dianggap sebagai masuk angin. Apabila ia tidak ditangani secara tepat dengan berjumpa doktor seterusnya ia akan menimbulkan komplikasi berbahaya.
Berikut ini adalah penyakit yang sering dianggap sebagai masuk angin tetapi sebenarnya adalah penyakit lain:
-
Serangan jantung
Ramai yang keliru dan menyangka gejala serangan jantung adalah petanda ‘masuk angin’ atau angin duduk. Ini kerana ia biasanya ditunjukkan dengan gejala sakit dada, dada yang berat diikuti sakit kepala dan muntah.
Apa yang dialami apabila serangan jantung berlaku? Mereka yang pernah mengalaminya akan memberitahu rasa sakit di dada sebelah kiri. Tetapi apa yang menjadi persoalan selain sakit dada sebelah kiri seperti dihimpit dengan benda berat. Rasa sakit itu juga boleh menjalar sehingga ke lengan dan punggung.
Sedangkan jika masuk angin apa yang dialami tidak begitu. Sebagai contoh, mereka hanya merasa tidak selesa pada ulu hati disertai dengan berpeluh atau rasa tercekik di leher.
Perlu difahami serangan jantung atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai infark miokard akut (IMA) adalah penyakit disebabkan oleh peradangan. Proses peradangan ini bukan hanya terjadi pada jantung, tetapi juga secara sistemik.
Keadaan ini dapat dibuktikan dengan beberapa tanda peradangan yang di dalam pembuluh darah, seperti peningkatan jumlah leukosit dan kehadiran C-reactive protein (CPR).
Peradangan ini akhirnya membuatkan penderita serangan jantung akan berasa lesu, pening, tidak bertenaga, suhu badan meningkat, mual dan muntah.
Semua gejala ini sering ditafsirkan orang awam sebagai gejala masuk angin. Oleh sebab itu mereka kemudiannya tidak berjumpa doktor atau sekadar minum air halia dan pergi berurut. Justeru gejala masuk angin harus ditangani dengan penuh berhati-hati terutama bagi mereka yang memiliki faktor risiko penyakit jantung koroner.
-
Gastrik
Ramai yang terkeliru dan menganggap gejala sakit ulu hati hanya disebabkan angin. Namun jika sakit ini tidak ditangani dengan tepat, ia akan menyebabkan terjadinya penyakit yang lebih serius iaitu gastritis kronik.
Terdapat beberapa komplikasi berkaitan dengan gastrik seperti penyempitan esofagagus yang menyebabkan sukar menelan dan rasa sakit dada seperti dinding perut dirobek yang akan menimbulkan kesan serius.
Untuk memastikan sama ada sakit ulu hati hanya disebabkan masalah angin adalah lebih baik sekiranya anda segera bertemu doktor. Untuk maklumat sakit ulu hati datang dengan beberapa gejala seperti sakit dan rasa panas pada bahagian dada. Rasa mual selepas makan, perut kembung dan terasa penuh, mudah kenyang, sering sendawa, tidak boleh mengambil makanan berlemak, nafsu makan menurun kerana perut terasa sakit, penurunan berat badan.
-
Gangguan organ dalam badan
Sakit punggung adalah keadaan yang sering diluahkan ketika individu mengalami masuk angin. Sakit punggung ini terjadi disebabkan saraf pada punggung tertekan oleh angin atau gas yang berkumpul dalam tubuh.
Namun apa yang anda perlu tahu sakit punggung pada bahagian kiri dan kanan juga disebabkan oleh gangguan organ dalam seperti ginjal, pankreas, usus besar, atau rahim. Untuk memastikan penyebab sakit punggung yang terjadi bukan disebabkan angin anda boleh melihat gejala lain seperti sakit pada bahagian sendi lain seperti pergelangan tangan, pinggang dan kaki.
Penderita buah pinggang juga sering mengalami sakit yang menjalar dari punggung ke bahagian paha. Justeru segera berjumpa doktor untuk memastikan penyebab angin dalam badan ini bukan disebabkan masalah organ dalaman.
Gangguan pencernaan juga sering menimbulkan beberapa gejala, seperti mual, muntah, perut kembung, cirit-birit, sembelit, dan pedih ulu hati. Gejala-gejala ini khususnya mual dan perut kembung juga sering dikatakan sebagai masuk angin.
Namun penyebab gangguan pencernaan antaranya ialah keracunan makanan, infeksi virus mahupun bakteria, alergi atau intoleransi makanan dan tekanan.
-
Infeksi saluran pernafasan akut (ISPA)
ISPA juga antara penyakit yang datang dengan gejala masuk angin. Ia bermula dengan demam, dan batuk. Namun penyebab ISPA adalah infeksi virus atau bakteria. Sebahagian besar ISPA memiliki gejala ringan dan dapat sembuh dengan sendirinya. Tetapi apabila tidak segera ditangani dan infeksi sudah menyerang saluran pernafasan, mulai dari trakea dan saluran udara dalam paru-paru, gejalanya akan lebih berat dan boleh menimbulkan komplikasi yang berbahaya.
Komplikasi yang sering terjadi akibat ISPA adalah kegagalan bernafas akibat paru-paru berhenti berfungsi, peningkatan kadar karbon dioksida dalam darah, serta kegagalan jantung. Oleh sebab itu dalah sangat penting untuk memastikan penyebab masuk angin yang dialami tidak berkaitan dengan saluran pernafasan.
-
Demam berdarah denggi
Dalam sesetengah keadaan ada pesakit denggi merasakan demam, sakit urat, pening kepala, menggigil yang dialami mereka adalah disebabkan masuk angin. Namun gejala demam denggi adalah lebih teruk. Pesakit akan mengalami panas badan keterlaluan dan turun naik. Sekejap panas dan adakalanya suhu badan normal. Namun akan panas semula. Pesakit juga merasai kesakitan pada otot. Sedangkan masuk angin adalah tanda yang berbeza dan tidak dikaitkan dengan demam.
Oleh itu segera membuat pemeriksaan sekiranya anda mengalami demam diikuti sakit badan, pening dan mual. Ini kerana demam denggi jika tidak menerima rawatan gejala ini pasti akan menjadi lebih serius sehingga menyebabkan kematian.