“Ibu jangan makan kuih talam ni manis” kata anak kepada ibu kepada pesakit Diabetes.
“Bubur kacang pun jangan makan sebab banyak gula”.
“Elakkan minum teh dan kopi. Air kosong sahaja”.
“Jika banyak makanan tidak boleh makan. Apa yang ibu boleh makan?”
Ini antara dilema pesakit diabetes. Namun benarkah semua makanan manis perlu dielakkan? Adakah pesakit diabetes langsung tidak boleh mengambil makanan bergula atau ada jenis makanan tertentu yang sepatutnya dielakkan?
Sebenarnya pesakit diabetes boleh mengambil makanan manis namun dalam jumlah yang sedikit. Wah! Pasti ada sedikit sinarkan? Namun harus diingat kebanyakan makanan manis mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi walaupun ukurannya kecil.
Terutama sekiranya pesakit sudah berusia 60 tahun ke atas. Kawalan jenis hidangan adalah amat digalakkan. Walaupun mereka boleh mengambil makanan bergula tetapi perlu diingatkan hidangan manis mengandungi lemak dan tinggi kalori oleh itu, kunci utama dalam pengambilan makanan manis adalah diambil secara sederhana.
Jika ibu atau bapa anda menghidap kencing manis sepatutnya anda mengawal jenis makanan mereka. Ini bukan bermakna anda langsung tidak memberi makanan manis. Boleh tetapi terkawal.
Gula adalah sebahagian daripada karbohidrat walaupun nilai nutriennya sangat sedikit. Jika pesakit diabetes menukar makanan tinggi gula dalam sajian harian, mereka akan kekurangan bekalan karbohidrat yang diperlukan untuk kekal sihat.
Apa yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan kandungan gula dalam makanan dan minuman dan melebihkan kandungan seratnya.
Gula adalah sebahagian daripada karbohidrat dan termasuk dalam kiraan pelan pemakanan mereka yang mengalami diabetes. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menggantikan sebahagian daripada makanan tinggi nutrien disebabkan ia bersifat kalori kosong. Oleh itu, pengambilannya secara sederhana adalah disarankan.
Apabila ibu bapa anda teringin mengambil makanan manis, pastikan anda menukar dengan makanan berkarbohidrat lain dalam sajian yang sama.
Sebagai contoh, anda ingin menyediakan bubur kacang hijau (tinggi gula dan lemak), anda boleh memberikan ibu bapa makan tetapi dalam jumlah yang sedikit.
Pada masa yang sama, elakkan memberi buah-buahan yang sepatutnya mereka ambil ketika itu.
Jika makanan manis yang anda sediakan mengandungi tinggi lemak, maka hidangan lauk-pauk harus disediakan secara kurang lemak.
Berikut adalah langkah-langkah menukar ganti makanan manis ke dalam sajian :
Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur, ikan serta ikan bilis