Bahaya Insomnia atau kesukaran untuk tidur pada waktu malam boleh berlaku kepada siapa saja. Namun, situasi ini sering dialami oleh golongan lanjut usia. Benarkah? Apakah penyebabnya? Adakah kesukaran tidur sebahagian daripada proses penuaan semula jadi atau adakah ia disebabkan faktor kesihatan?
Menurut kajian wanita dan warga emas lebih mudah terdedah kepada gangguan tidur disebabkan pelbagai faktor. Malah ia juga sering dikaitkan dengan kesihatan seperti kemurungan, diabetes, Alzheimer, Parkinson dan Demensia.
Insomnia tidak boleh dianggap sesuatu yang biasa kerana jika dibiarkan ia boleh mengganggu pelbagai fungsi tubuh. Kurang tidur boleh menyebabkan seseorang mengalami penurunan konsentrasi, kurang fokus, stres, hingga tekanan darah meningkat.
Bayangkan jika semua masalah kesihatan ini berlaku kepada ibu bapa kita sudah tentu kesihatan mereka menjadi semakin teruk.
Sikap dan pengambilan ubat-ubatan boleh menyebabkan berlakunya insomnia atau memburukkan lagi masalah tidur. Minum alkohol, minuman berkafein dan merokok adalah antara contoh utama. Faktor gaya hidup lain yang boleh menurunkan kualiti tidur ialah seperti waktu tidur yang berbeza-beza setiap malam, pertukaran masa kerja, perjalanan jauh dan berpindah ke rumah baru. Beberapa ubat-ubatan seperti antidepresan dan antihipertensi boleh menyebabkan insomnia menjadi semakin teruk.
Tekanan hidup yang semakin bertambah sama ada di rumah atau di tempat kerja. Juga masalah kewangan, masalah dalaman keluarga turut memberi kesan kepada kualiti tidur warga emas.
Penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya insomnia ialah, artritis, kanser, ulser peptik dan asid refluks. Penyakit pernafasan seperti asma, bronkitis, penyakit penyumbatan pulmonari kronik, kegagalan jantung kongestif. Masalah-masalah kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada kesukaran untuk tidur ialah hipertiroidisme, penyakit Parkinson dan masalah buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik.
Kemurungan, gangguan keresahan, skizofrenia, gangguan bipolar, penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat-ubatan boleh menyebabkan insomnia.
Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapal terbang, atau bunyi televisyen jiran boleh menyebabkan tidur terganggu. Bilik yang terlampau terang, suhu bilik yang terlampau sejuk atau panas dan bantal atau katil yang terlalu lembut atau keras juga boleh mengganggu masa tidur seseorang.
11. Menetapkan waktu tidur secara konsisten, dan usahakan untuk selalu tidur pada jam tersebut. Dengan begitu, tubuh akan mengikut dan menyesuaikan diri untuk tidur pada waktu yang tepat.