12 Aktiviti Semasa Lawatan Ke Rumah Orang Tua
March 29, 2021KELEBIHAN MENGHANTAR IBU BAPA KE RUMAH ORANG TUA
MEMELIHARA ibu bapa merupakan tanggungjawab anak-anak. Ajaran agama menyatakan setiap anak perlu memastikan kebajikan dan keselesaan ibu bapa mereka.
Justeru, apabila ada anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua atau pusat penjagaan orang tua, mereka akan dianggap sebagai anak derhaka oleh masyarakat.
Meskipun, ia bukanlah perbuatan yang boleh dibanggakan, menghantar ibu bapa ke rumah orang tua tidak diharamkan oleh agama. Ini kerana perbuatan tersebut turut mendatangkan impak positif dalam kehidupan ibu bapa yang terlibat. Antaranya:
KEHIDUPAN YANG LEBIH TERATUR
Kesibukan anak-anak sering membuatkan mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menguruskan ibu bapa. Ada ibu bapa yang kelaparan di rumah apabila anak-anak pulang lewat daripada bekerja.
Apabila ibu bapa ditempatkan di rumah orang tua, kehidupan mereka menjadi lebih teratur kerana ada pihak yang akan menguruskan kehidupan mereka dan memastikan segala kebajikan mereka terbela.
Mereka tidak perlu lagi berlapar dan anak-anak pula boleh memberi sepenuh perhatian terhadap kerja tanpa menanggung perasaan bersalah.
MENGHILANGKAN KESUNYIAN
Sunyi dan warga emas bagai rakan karib. Setiap kali ditinggalkan anak-anak untuk keluar mencari rezeki hanya kesunyian yang menemani ibu bapa di rumah. Situasi ini dapat diatasi jika ibu bapa dihantar ke rumah orang tua.
Di sana, mereka boleh bergaul dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan sebaya sekali gus menghilangkan kesepian yang dialami.
AKTIVITI BERMANFAAT
Warga emas yang menetap di rumah orang tua dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti bermanfaat. Ini kerana setiap pusat penjagaan orang tua mempunyai jadual aktiviti tersendiri yang perlu dipatuhi dan disertai oleh para penghuni.
Antaranya, mengaji, bercucuk tanam, memasak, menjahit, bersukan dan beriadah. Aktiviti-aktiviti bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tetapi juga membuatkan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan di usia tua.
PEMANTAUAN TAHAP KESIHATAN
Berada di rumah orang tua, bukan hanya kebajikan ibu bapa yang terjaga. Malah tahap kesihatan mereka turut dipantau oleh para doktor dan jururawat bertauliah. Setiap hari tekanan darah akan diperiksa untuk memastikan kesihatan mereka berada di tahap memuaskan.
Tekanan gula dan kolesterol juga dipantau dari semasa ke semasa. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, mereka akan segera dihantar ke hospital tanpa perlu menahan kesakitan sehingga anak-anak pulang ke rumah.
KESELAMATAN LEBIH TERJAMIN
Apabila ibu bapa yang uzur ditinggalkan tanpa pengawasan, banyak perkara buruk boleh terjadi. Antaranya, terjatuh serta berhadapan dengan risiko-risiko kemalangan seperti kebakaran.
Selain itu, mereka juga boleh menjadi mangsa jenayah dan berhadapan masalah kesihatan mental seperti nyanyuk dan kemurungan. Semua risiko ini dapat diatasi jika ibu bapa dihantar ke rumah orang tua kerana di rumah tersebut mereka akan dipantau dan ditemani oleh para pekerja di sana.
Dengan itu, keselamatan mereka lebih terjaga. Justeru, bagi anak-anak yang sedang menghadapi masalah untuk menjaga ibu bapa anda boleh mempertimbangkan keputusan untuk menghantar mereka ke rumah orang tua.
Namun begitu, jelaskan mengapa anda membuat keputusan tersebut dengan baik tanpa menyakitkan hati ibu bapa. Pilih juga rumah orang tua yang terbaik untuk mereka mengikut kemampuan anda.
Jika anda mampu, hantarlah mereka ke rumah orang tua berbayar yang menawarkan perkhidmatan terbaik dengan pelbagai pilihan pakej penjagaan seperti day care, monthly care atau home care.
Apapun pilihan anda, pastikan kebajikan dan keselesaan ibu bapa menjadi keutamaan. Paling penting, jangan gunakan rumah orang tua sebagai alasan untuk bersikap lepas tangan dan mengabaikan mereka.
Lawat dan hubungilah mereka pada setiap kelapangan yang ada dan gembirakan mereka walaupun tidak tinggal bersama.
14 Comments
Bagaimana kalau sy ingin tinggal disana hingga akhir hayat sy. Berapa bayaran ? APA syarat?
Bayaran boleh didapati di link yang saya berikan ini https://lamankhaira.com.my/perkhidmatan/
Sya ingin menghabiskan akhir usia sya di rumah orang tua sya inginkan lebih ketenangan untuk beribadat,doa sya sekarang supaya sya sentiasa di beri kesihatan yang baik
saya nak sini bila umor 76 tahun
Saya juga berhasrat untuk tinggal hingga akhir hayat kerana saya hidup sebatang kara.
Puan boleh maklumkan kami menerusi link yang saya berikan ini https://lamankhaira.com.my/borang-daftar/
Kalau puan nak tahu harga lengkap boleh terus ke link ini https://lamankhaira.com.my/perkhidmatan/
Assalamulaikum tuan, Saya berminat untuk tinggal disana bersama suami, kerana senang untuk solat berjammah, tapi sebelum itu nak tanya dulu berapakah harga pekej2 tersebut. Dan tolong nyatakan kalau ada syarat2 lainnya. Sekian t.kasih
Bayaran boleh didapati di link yang saya berikan ini https://lamankhaira.com.my/perkhidmatan/
Bole je nak tahu harga untuk package yang ada
Bayaran boleh didapati di link yang saya berikan ini https://lamankhaira.com.my/perkhidmatan/
sy ingin bertanya berapa bayaran sebulan utk tinggal di rumah orang tua. dan berapa usia minima yang boleh menetap di situ
Bayaran boleh didapati di link yang saya berikan ini https://lamankhaira.com.my/perkhidmatan/
Boleh bantu saya kalau kangar Perlis mana tempat saya boleh rujuk untuk masukan ayah saya,, sebab semasa sihat ayah saya tidak pernah mempunyai rumah.. Tingal bersama anak saudara.. Tapi anak saudaranya dah xnak.. Sy ank tp duduk jauh Terengganu.. Saya sendiri bukan org senang hidup menumpang degan keluarga suami.. Dan x mempunyai rumah sendiri anak2 pulak ramai… Tolong bantu saya🙏🙏macam mana saya nak buat.. Ayah saya dirawat dihospital.. Tp pihak hospital dah maklum kan boleh kluar.. Tp mana sy nk letak ayah saya.. Sedangkan saya datang melawat hanya minta menumpang dirumah org😭😭klu saya x kluarkan ayah saya dari hospital kangar Perlis.. Pihak hospital akan ambik tindakan untuk mlaporkan pada pihak polis😭😭walupun saya dah jelaskan keadaan untuk tumpang kan 1-2 hari untuk uruskan tempat untuk ayah saya mohon bantuan😭🙏🙏
tutor masuk syurga