10 Makanan Untuk Bersahur Yang Berkhasiat
March 27, 2023Cara Atasi Masalah Emosi Dan Kesihatan Mental
May 29, 2023Pernah tak anda rasa sakit kepala di awal minggu pertama puasa? Sakit kepala ketika berpuasa adalah salah satu masalah kesihatan yang biasa dialami ramai orang. Sakit kepala umumnya terjadi di bahagian depan dengan sakit yang tidak berdenyut, ringan atau sedang. Terdapat beberapa sebab seseorang itu sakit kepala antaranya:.
Penyebab Sakit Kepala
-
Dehidrasi
Salah satu penyebab sakit kepala ketika puasa adalah disebabkan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tubuh kita terdiri dari sekitar 60 peratus air. Setiap hari, sekitar 2-3 liter cairan tubuh akan dikeluarkan melalui urin, keringat, dan nafas. Itu sebab itu, jika anda tidak mengambil minuman dengan cukup, ketika bersahur dan berbuka puasa, anda berisiko mengalami dehidrasi yang menyebabkan sakit kepala. Dehidrasi akan menyebabkan volume otak sedikit menyusut dan terjadi perubahan elektrolit. Akibatnya, selaput otak mengirimkan isyarat rasa sakit ke seluruh bahagian kepala. Selain sakit kepala, gejala dehidrasi dapat meliputi, rasa lemas, otot kram, urin berwarna gelap atau pekat, sehingga kulit kering.
-
Tidak makan dalam waktu lama
Puasa mewajibkan anda untuk tidak makan dan minum dalam waktu yang panjang dibandingkan hari-hari biasa. Selain kurang cecair, tidak makan dalam waktu lama juga menjadi salah satu penyebab sakit kepala. Umumnya, sakit kepala muncul setidaknya 16 jam setelah berpuasa dan akan hilang dalam tiga hari selepas itu. Sakit kepala yang dirasakan umumnya lebih ke sakit kepala tegang. Namun, orang yang migrain mungkin saja mengalami sakit kepala sebelah. Oleh itu penting untuk anda melewatkan sahur ketika berpuasa.
-
Hipoglisemia
Penyebab sakit kepala sebelah kiri ataupun kanan juga disebabkan hipoglisemia. Hipoglisemia adalah keadaan ketika kadar glukosa (gula) darah dalam tubuh terlalu rendah. Ketika kadar gula dalam darah rendah, otak akan kehilangan sumber energi utama dan terjadilah sakit kepala. Pada bulan puasa, anda lebih berisiko mengalami hipoglisemia ketika tidak makan dalam waktu lama lebih-lebih lagi jika anda ada diabetes.
Oleh itu ambil makanan bergizi dan berserat tinggi ketika sahur kerana dapat membantu kadar gula darah menjadi stabil. Pengambilan makanan dan minuman tinggi gula ketika sahur akan membuatkan glukosa darah dalam tubuh meningkat cepat. Namun, keadaan ini juga akan diikuti oleh penurunan kadar gula darah (hipoglisemia) yang cepat.
Naik turunnya kadar gula darah ini juga dapat mempengaruhi pelbagai organ tubuh, tak terkecuali otak. Inilah yang membuatkan seseorang mengalami sakit kepala.
-
Perubahan pola tidur
Ketika Ramadan anda mungkin mengalami perubahan pola tidur kerana harus bangun sahur dan beramal ibadah. Akibatnya, masa tidur menjadi kurang ini juga antara penyebab sakit kepala. Kurang tidur juga menyebabkan berlakunya peningkatan hormon tertentu pada otak. Hormon ini akan menyebabkan berlakunya reaksi saraf yang menyebabkan timbulnya sakit kepala.
-
Tidak mengambil kafein
Jika anda penggemar minuman berkafein dan tidak pernah putus mengambil kafein setiap hari apabila berpuasa ia juga menjadi penyebab sakit kepala. Minuman kafein yang diambil setiap hari menyebabkan pembuluh darah di otak menyempit sehingga memperlambat aliran darah. Ketika berpuasa, anda tentu tidak boleh minum kopi sebanyak biasanya atau bahkan tidak dapat meminumnya sama sekali. Hasilnya pengurangan atau penghentian kafein ini menyebabkan pembuluh darah terbuka dan meningkatkan aliran darah ke otak. Perubahan aliran darah secara tiba-tiba inilah dapat menyebabkan sakit kepala ketika puasa.
Cara Kurangkan Sakit Kepala
-
Minum banyak air
Pastikan anda minum lapan gelas air putih selepas berbuka sehingga bersahur. Bila perlu, ambil buah dan sayur yang banyak mengandung air seperti tembikai, betik , buah naga dan timun.
-
Stabilkan kandungan gula darah
Ambil makanan tinggi gula ketika sahur membuatkan kadar gula darah melonjak dengan cepat diikuti penurunan yang signifikan. Proses naik turunnya kadar gula darah secara cepat ini dapat mengurangkan sakit kepala. Untuk mengatasi sakit kepala ketika puasa disebabkan hipoglisemia, anda disarankan mengambil makanan dan minuman berkadar gula rendah ketika sahur dan berbuka. Antara makanan yang digalakkan termasuk yogurt buah rendah lemak, buah-buahan, sayuran, dan kacang-kacangan. Elakkan karbohidrat sederhana seperti gula, minuman berpemanis dan nasi putih,
-
Elak minuman berkafein
Jika anda penggemar kafein seperti kopi, teh, coklat ketika Ramadan cuba olah dengan mengambil air kosong terlebih dulu. Elakkan mengambil sebelum tidur secara berlebihan. Setelah tubuh mulai terbiasa, secara bertahap latih tubuh untuk mengurangi jumlahnya.
-
Jaga kualiti tidur
Jaga waktu tidur supaya mengelak dari keletihan. Sekiranya malamnya dihabiskan dengan bersolat, tadarus al-Quran gantikan waktu tidur pada siang hari. Jika bekerja ambil masa rehat untuk tidur sekejap selepas solat Zuhur mungkin dengan cara ini dapat mengelak daripada sakit kepala.
-
Ambil ubat
Jika tidak dapat menahan sakit kepala, selepas berpuasa ambil ubat penahan sakit. Jika masih tidak berkurang dapatkan pandangan doktor mengenai sakit kepala anda.