
Jiran Bukan Beban, Jiran Adalah Harapan
October 1, 2025
Keluarga Sendiri Tinggalkan Orang Tua
October 1, 2025Haji Salleh, seorang lelaki berusia 74 tahun, dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru yang teruk. Wajahnya penuh kedutan, matanya redup menahan sakit, namun lebih daripada itu, dia menahan rasa pedih di hati menanti anak-anak yang tidak kunjung tiba.
Tiga minggu sudah berlalu sejak rawatannya selesai, tetapi tidak seorang pun anaknya datang menjemput. Jururawat dan pegawai hospital silih berganti bertanya,
“Pak Salleh, ada sesiapa yang boleh kami hubungi?”
Dia cuma menggeleng perlahan sambil menyeka air mata.
Akhirnya, seorang pegawai sosial hospital menghubungi anak sulungnya. Jawapan mereka sungguh menyayat hati:
“Kami tak mampu jaga ayah. Hanya saya seorang bekerja, kos hidup di bandar sangat tinggi, anak-anak pula semua masih sekolah, rumah sempit, hanya cara itu sahaja yang kami ada,” kata si anak.
Bukan marah yang dirasa, hanya perit dan pasrah. Pak Salleh mengangguk ketika dimaklumkan bahawa beliau akan ditempatkan di sebuah rumah jagaan warga emas kendalian kerajaan.
Kini, Pak Salleh tinggal di Rumah Orang Tua. Di sana, dia dijaga dengan baik, makan teratur, solat berjemaah, ada aktiviti harian, malah belajar mengaji semula.
“Di sinilah rezeki dan pengganti kasih yang hilang,” katanya kepada sukarelawan yang datang melawat.
Walaupun sesekali hatinya merindui akan anak dan cucu, Pak Salleh tetap mendoakan kesejahteraan mereka. Dia percaya, kasih sayang yang diberi tanpa balasan pun tetap bernilai di sisi Tuhan.