
Kelebihan Menghantar Ibu Bapa Ke Rumah Orang Tua
June 19, 2020
Hantar Ibu Bapa Ke Rumah Orang Tua Atau Jaga Sendiri?
November 30, 2021AKTIVITI SEMASA LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA
MEMELIHARA ibu bapa merupakan tanggungjawab anak-anak. Jadi anda juga perlu buat lawatan ke rumah orang tua.
Ziarahi mereka setiap kali anda mempunyai masa terluang dan tunjukkan kasih sayang agar mereka rasa disayangi meskipun tinggal berasingan. Setiap kali menziarah, pastikan pertemuan tersebut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang boleh mengeratkan kasih sayang dan mencipta kenangan terindah bersama.
Untuk itu, disenaraikan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bersama ibu bapa termasuk yang mengalami dementia atau Alzheimer setiap kali melawat mereka.
LIBATKAN KELUARGA
Orang tua yang tinggal di pusat penjagaan warga emas pastinya berasa sunyi kerana berjauhan dengan keluarga. Ada kalanya mereka rasa tersisih tidak kurang juga rasa terbuang kerana ditinggalkan. Oleh itu, gunakan kesempatan bersama mereka sebagai satu cara untuk menunjukkan kasih sayang dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak pernah dilupakan.
Paling penting, jangan melawat seorang diri sebaliknya bawalah ahli keluarga bersama terutama anak-anak. Aturkan juga panggilan telefon atau video call bagi membolehkan mereka berinteraksi bersama ahli keluarga lain yang tidak dapat bersama dalam pertemuan itu.
PERMAINAN
Antara aktiviti semasa lawatan ke rumah orang tua yang menyeronokkan ialah bermain bersama mereka. Bawalah bersama permainan seperti jigsaw puzzle, dam ular dan sebagainya agar anda dan anak-anak mempunyai sesuatu yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama dengan mereka.
Ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan tetapi turut menyingkirkan rasa sedih dan kesunyian yang dialami oleh ibu bapa sekali gus mengubati kerinduan mereka.
DENGAR MUZK & LAGU KEGEMARAN
Saat berjumpa ibu bapa, mainkan lagu kegemaran mereka. Duduklah di sisi mereka dan dengarkan lagu tersebut besama-sama. Anda juga boleh menyanyi bersama atau mendengar memori mereka berkaitan lagu tersebut.
Selain mendengar secara bersama tatkala anda menziarah, anda boleh merakamkan lagu-lagu tersebut agar mereka dapat mendengarnya pada bila-bila masa.
Bagi ibu bapa yang uzur dan hanya terbaring, muzik mampu menenangkan jiwa dan memberi keselesaan. Namun, pastikan muzik tersebut bersesuaian dan tidak dipasang terlalu kuat.
PERHATIAN
Orang tua tidak memerlukan hadiah yang mahal sebaliknya hanya memerlukan perhatian yang tidak berbelah bahagi saat bersama. Jadi, pastikan anda memberi sepenuh tumpuan kepada mereka ketika berjumpa. Jangan sesekali bersikap acuh tak acuh atau bermain telefon bimbit.
Sebaliknya, dengarlah luahan hati mereka dengan penuh perhatian. Tunjukkan pada mereka bahawa anda benar-benar mengambil berat dan menghargai diri mereka walaupun tidak dapat menjaga mereka.
MEMORI FOTO LAMA
Sekeping foto mempunyai 1001 kenangan. Hebatnya kenangan tersebut mampu mencipta perbualan antara anda dengan orang yang disayangi. Anda boleh sama-sama berkongsi kenangan dan ketawa mengenangkan semua memori manis yang pernah dilalui bersama.
Semua ini bukan sahaja menyegarkan kembali ingatan tetapi juga mengingatkan kalian akan keindahan kenangan lalu sekali gus menyedarkan betapa pentingnya kalian di antara satu sama lain.
BAWA HAIWAN PELIHARAAN
Jika ibu bapa anda merupakan seorang pencinta haiwan tidak salah sekiranya anda membawa haiwan peliharaan bersama tatkala mengunjungi mereka. Melihat haiwan kesayangan boleh menceriakan ibu bapa. Kajian menunjukkan meluangkan masa bersama haiwan dapat mengurangkan tekanan darah, menghilangkan stres dan meningkatkan kadar denyutan jantung.
Malah dalam jangka panjang, ia mampu menurunkan paras kolesterol dan melindungi diri dari serangan penyakit jantung dan strok. Tapi sebelum berbuat demikian, hubungi rumah orang tua tersebut terlebih dahulu dan tanyalah sama ada anda boleh membawa haiwan peliharaan bersama ketika menziarah.
Jika dibenarkan, tempatkan haiwan tersebut dalam sangkar atau ‘rumah’ dan pastikan ia tidak berkeliaran sehingga menimbulkan masalah.
MAKAN BERSAMA
Makan bersama sama ada di dewan makan atau membawa ibu bapa keluar menikmati makanan di restoran juga merupakan aktiviti semasa lawatan ke rumah orang tua yang terbaik untuk menunjukkan kasih sayang. Apa lagi jika makanan tersebut merupakan makanan kegemaran mereka.
Sekiranya tidak berkesempatan untuk makan bersama, pastikan anda membawa makanan kesukaan mereka sebagai buah tangan.
MENGHIRUP UDARA SEGAR & BERSENAM
Gunakan kesempatan yang ada untuk membawa ibu bapa menghirup udara segar dan melakukan senaman ringan. Bawalah mereka ke halaman atau taman berhampiran untuk berbuat demikian. Ini adalah aktiviti menyihatkan bagi mereka yang sering menghabiskan masa di dalam rumah atau terlantar di katil.
Jika tidak dapat membawa mereka keluar dari kawasan pusat penjagaan, bantulah mereka untuk berjalan perlahan-lahan atau menolak kerusi roda mereka di sekitar pusat penjagaan tersebut.
KELUAR BERSAMA
Sekiranya mereka tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius, mintalah izin untuk keluar bersama buat seketika.
Gunakan masa tersebut dengan membawa mereka ke salon rambut, restoran, pusat membeli belah atau sekadar bersiar-siar. Tanyalah mereka apa yang ingin dilakukan dan tunaikan hasrat tersebut.
URUTAN
Bawa minyak urut dan losyen beraroma lembut ketika menziarah. Urutlah mereka di bahu, tengkuk, belakang badan, kaki, lengan atau mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan perlu dalam pertemuan tersebut.
Lakukan urutan itu dengan penuh kasih sayang dan kelembutan memandangkan kebanyakan warga emas memiliki otot dan kulit yang fragile. Selain mengurut, anda juga boleh memotong kuku mereka.
MEMBACA
Satu lagi aktiviti semasa lawatan ke rumah tua yang boleh anda lakukan adalah dengan membaca. Membacakan bahan bacaan tertentu dengan suara yang lantang amat baik untuk warga emas yang terlantar, tidak mampu bertindak balas dengan baik dan mengalami kemerosotan penglihatan untuk merangsang deria mereka.
Jadi bawalah buku kegemaran mereka dan bacakan beberapa bab setiap kali melawat.
TONTON TELEVISYEN ATAU FILEM
Menonton televisyen dan filem antara aktiviti yang sering kita lakukan bersama keluarga dan rakan-rakan. Jadi mengapa tidak lakukannya bersama ibu bapa atau warga emas yang lain? Ia antara aktiviti yang boleh dilakukan tanpa perlu memikirkan topik untuk dibualkan.
Jika anda memiliki laptop atau tablet serta melanggan perkhidmatan Netflix dan sebagainya anda boleh menonton filem kegemaran secara on demand di mana saja.
Tanya mereka apa yang ingin ditonton. Filem lama dan rancangan televisyen yang ingin mereka tonton semula atau program dan filem terkini. Apapun pilihannya, ia adalah cara terbaik untuk relax bersama.
2 Comments
salam saya nak lawat org org tua di sana boleh ke? kalau boleh, boleh saya tahu syarat untuk lawatan macam mana ye
Saya Nak melawat boleh bagi tarikh