8 Langkah Mengelak Terjatuh Warga Emas
February 18, 2022Gejala Tanda Awal Demensia
March 31, 2022Apa makanan untuk orang Demensia? Apa itu Demensia? Disini kami ingin menceritakan serba sedikit tentang orang yang menghidapi Demensia.
Demensia adalah sekumpulan gejala yang membabitkan fungsi otak termasuk ingatan dan pemikiran. Oleh itu individu yang mengalami demensia memerlukan makanan tertentu dan sesuai bagi membolehkan mereka lebih sihat.
Ini kerana golongan ini akan mengalami perubahan deria, termasuk pendengaran dan penglihatan, justeru ia menyebabkan berlakunya penurunan dalam selera makan. Pastinya ibu atau bapa kurang peka kepada rasa makanan seperti pahit dan masin.
Sistem pencernaan juga akan menjadi lebih perlahan. Pesakit akan menghasilkan air liur dan asid perut yang lebih sedikit, sehingga sukar untuk mencerna dan memproses beberapa vitamin dan mineral yang penting.
Justeru dalam setiap hidangan pastikan menambah lebih banyak serat. Jika ada ibu bapa mempunyai diabetes, sakit buah pinggang atau darah tinggi hidangan yang anda sediakan juga perlu turut berubah misalnya diet diabetes, buah pinggang atau diet rendah karbohidrat.
Pelan pemakanan untuk warga emas
- Serat
Gejala demensia yang paling kerap memberi kesan kepada warga emas ialah sembelit. Justeru pengambilan makanan mengandungi serat adalah sangat penting. Pusat Perubatan Universiti Ohio State menasihati penjaga supaya menambah serat dalam hidangan secara perlahan agar tubuh mempunyai masa untuk menyesuaikan diri. Sumber serat terbaik adalah roti bijirin dan bijirin, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran hijau.
Pengambilan serat yang disyorkan untuk orang dewasa adalah 25 gram sehari untuk wanita, dan 38 gram untuk lelaki, sehingga umur 50 tahun. Wanita lebih daripada 50 tahun harus mempunyai 21 gram sehari, manakala lelaki lebih 50 tahun harus mempunyai 30 gram, menurut Institut Perubatan .
- Makan sikit tetapi kerap
Disebabkan orang tua mempunyai selera makan yang semakin menurun, jadi penghidap demensia tidak seharusnya diberikan makanan yang banyak atau sepinggan penuh. Pastikan makanan disediakan dalam saiz yang kecil. Misalnya hidangan yang selama ini untuk sekali makan tetapi disediakan dalam tiga hidangan.
Semangkuk oat ditambah susu bersama segelas jus untuk sarapan, kemudian jam 10 pagi boleh menghidangkan telur rebus dan sepotong buah.
- Lebihkan perisa dalam hidangan
Orang tua biasanya mempunyai sedikit air liur. Ini akan mengganggu cara mereka mengunyah dan menelan makanan. Jadi tambahkan sos atau kuah pada hidangan agar rasa sos ini dapat membantu merangsang deria rasa sekaligus memberikan nutrisi tambahan dan kalori. Gunakan rempah dan perisa lain untuk membantu merangsang rasa. Jangan terlalu banyak menggunakan garam kerana ia tidak baik untuk kesihatan terutama mereka yang ada darah tinggi.
- Makanan lembut
Mereka yang ada demensia akan mengalami kesukaran menelan, atau dikenali sebagai dysphagia. Ia berbahaya kerana boleh menyebabkan tercekik makanan atau cecair masuk ke dalam paru-paru. Sekiranya orang tua anda mengalami masalah ini elakkan daripada memberi makanan keras seperti sayur-sayuran mentah termasuk ulaman. Sebaliknya, pastikan sayuran dipotong kecil manakala ayam dan daging dimasak sehingga lembut. Bagi orang tua rasa makanan adalah sangat penting. Ini kerana mereka sangat sensitif pada makanan yang kurang enak atau bau yang kurang sedap.
Makanan terbaik untuk Demensia
- Epal
Epal mempunyai serat larut yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu, ia juga dapat menguruskan kadar gula dalam darah. Dalam sebiji epal mengandungi antioksidan dan mineral seperti kalium dan vitamin C.
- Beri
Beri dan buah-buahan berkulit gelap kaya antioksidan yang membantu melawan radikal bebas. Cuba tambahkan strawberi, beri hitam, oren, ceri dan anggur merah ke dalam hidangan orang tua anda.
- Telur
Telur adalah sumber protein terbaik dan mudah dimasukkan dalam hidangan. Anda boleh meletakkan telur dalam peti sejuk dan dijadikan makanan ringan atau sebagai bahan salad dan sandwic.
- Sayuran berdaun
Kajian menunjukkan sayuran berdaun seperti kangkung, bayam serta brokoli dikaitkan dengan penurunan tahap kognitif yang lebih rendah daripada penuaan.
- Kerang
Makanan laut seperti kerang, ketam, dan tiram kaya vitamin dan mineral seperti zat besi, magnesium, vitamin B12, dan kalium. Ia amat bermanfaat untuk fungsi otak.
- Ikan laut dalam
Salmon, tuna, sardin, dan makarel adalah sumber asid lemak omega-3 terbaik untuk makanan pesakit demensia.
- Kopi
Jangan tidak tahu kopi adalah minuman terbaik yang dikaitkan dengan otak, jantung, pernafasan, dan penyakit berjangkit tertentu.
Selepas mengetahui jenis makanan terbaik untuk demensia, anda boleh merancang makanan berbeza setiap hari. Ini kerana pengambilan makanan sihat dan teratur menjadikan mental dan fizikal pesakit demensia bertambah baik.