Bahaya Pneumonia Dan Cara Mencegahnya
October 4, 2023Tips Untuk Muda Dan Cergas Di Usia Emas
November 26, 2024“Pak cik selalu sangat terlupa ambil ubat darah tinggi yang kena ambil sebelum makan tu. Memang betul lupa.”
“Mak cik selalu lupa makan ubat diabetes yang waktu malam sebab tertidur. Bila dah atas katil baru teringat tapi malasnya nak makan.”
“Pak cik terlupa bawa ubat gout sebab pergi rumah anak. Pakcik lupa bawa ubat doktor”Menurut Pakar Perubatan Jabatan Perubatan HTF Kangar Perlis Dr Norazrul Rizal, satu kajian yang pernah dijalankan di Malaysia menunjukkan pesakit yang mempunyai penyakit kronik tidak mengikut dan mematuhi arahan pengambilan ubat-ubatan disebabkan pelbagai alasan.
Dalam kajian ini menunjukkan, pesakit darah tinggi mempunyai tahap kepatuhan ubat yang rendah sekitar 53 peratus sahaja. Kajian juga menunjukkan sekitar 50 peratus sahaja pesakit kencing manis mematuhi pengambilan ubat dan selebihnya tidak mempedulikan waktu pengambilan ubat yang diberi doktor.
Mengapakah golongan berusia ini culas dalam pengambilan ubat-ubatan. Ironinya begini mengapakah kanak-kanak makan ubat mengikut waktunya? Ia kerana ia dipantau dan dijaga ibu bapa. Oleh itu setiap enam jam ubat akan diberi.
Sama juga dengan dewasa, apabila tiada individu yang mengawal dan mengingatkan menyebabkan mereka culas dan terlupa.
“Selain itu pesakit juga tidak faham tujuan pengambilan ubat. Sesetengah mereka tidak percaya ubat mampu mengawal penyakit.
“Pesakit juga dalam keadaan penafian walaupun telah didiagnos penyakit. Ada yang masih tidak percaya mereka mendapat diabetes dan merasakan diabetes mereka tidak teruk,” katanya.
Ada juga suka mendengar cakap kawan-kawan, makan ubat berpanjangan boleh merosakkan buah pinggang dan ini menyebabkan mereka tidak menjaga waktu pengambilan ubat.
Mengapakah pengambilan ubat-ubatan mengikut waktunya adalah sangat penting dan kesan sekiranya tidak mengamalkannya?
Bagi pesakit darah tinggi sekiranya tidak mengambil ubat ini akan menyebabkan pesakit dalam bahaya. Ini kerana fungsi ubat adalah untuk mengawal tekanan darah. Apabila ubat tidak diambil ia menyebabkan darah boleh naik mendadak. Sekaligus menyebabkan kematian.
Penghidap angin ahmar juga akan berdepan komplikasi yang teruk. Strok boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Paling ditakuti bagi pesakit kencing manis ia menyebabkan kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang. Jika buah pinggang rosak ia menjadi semakin sukar untuk mendapatkan buah pinggang baru.
Bagaimana meningkatkan kepatuhan mengenai pengambilan ubat?
1. Ambil ubat pada waktu yang sama
Pastikan ubat diletakkan di dalam bekas kecil mengikut hari. Jadi ia mudah dibawa ke mana sahaja termasuk bilik tidur.
2. Kenali ubat anda
Anda harus arif mengenai ubat yang anda makan. Jika tidak tahu boleh bertanya kepada pakar mengenai kesan jika tidak mengamalkan dengan betul.
3. Pasang alarm pada jam, telefon bimbit untuk mengingatkan pengambilan ubat.
Cara ini paling mudah mengingatkan waktu pengambilan ubat dengan betul.
3. Cari motivasi dan kekuatan diri
Jika tidak makan ubat penyakit menjadi lebih teruk. Oleh itu sentiasa ingatkan diri untuk mengambil ubat.
4. Ada jururawat peribadi
Orang tua juga seperti kanak-kanak jika ada yang mengingatkan masa pengambilan ubat ia menjadi lebih mudah.
Secara amnya, kepatuhan pada ubat adalah amat penting.
Jika anda berdepan masalah, seperti ini sila berjumpa doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.